top of page

Belanjawan 2025 bukti kesungguhan Kerajaan MADANI kukuh ekonomi



Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan ekonomi negara berada pada kedudukan kukuh dan stabil.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata belanjawan bersifat menyeluruh itu turut menekankan perkara yang akan memberi manfaat langsung untuk rakyat dan negeri Melaka.


"Belanjawan 2025 turut menyediakan peruntukan untuk pembangunan TVET, bantuan pendidikan, infrastruktur kesihatan, pembangunan usahawan, mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan, kesejahteraan pesawah dan nelayan, bantuan dan pembiayaan perniagaan serta kemudahan penjaja dan peniaga kecil.


"Ini akan turut memberi manfaat kepada rakyat dan Negeri Melaka termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka untuk menyediakan projek-projek bagi kesejahteraan rakyat," katanya.


Melalui kenyataan sama Ab Rauf merakamkan penghargaan kepada keprihatinan Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk projek-projek di negeri tersebut.


Ia antaranya Pembinaan Pusingan U Bertingkat dan Direct U-Turn dari Persimpangan Pulau Gadong hingga Persimpangan Taman Cheng Perdana, Melaka Tengah; Pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral dan Pembinaan Balai Polis baharu di Tanjung Minyak.


Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas pengumuman projek secara pendekatan Kerjasama Awam Swasta atau ‘Public Private Partnership’ (PPP) iaitu Pembinaan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) bagi Jajaran Banting ke Gelang Patah.


"Pada pandangan Kerajaan Negeri, jajaran ini akan memberi manfaat kepada negeri Melaka kerana menyediakan alternatif untuk pengguna jalan raya ke Melaka selain Lebuh Raya Utara Selatan," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page