top of page

'Belanjawan 2024 terbaik hingga pembangkang hilang kata kata'



Dua hari telah berlalu sejak pembentangan Belanjawan 2024 namun media pro pembangkang sepi daripada kritikan berfakta yang 'membelasah' Belanjawan Madani pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.


Bagi penganalisis politik, Datuk Seri Kamal Amir Hijaz, kegagalan pembangkang mencari kelemahan belanjawan kali ini menunjukkan kecekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang menghadiahkan belanjawan terbaik buat rakyat, terutama golongan marhaen.


"Saya kata bajet yang dibentanagkan oleh Datuk Seri Anwar hari ini, dia merealisasikan impian untuk menangani derita rakyat


"Sebab itu saya katakan bajet ini bajet Robin Hood. Di mana yang kaya itu kena memberi sesuatu kepada marhaen. Selama dua hari saya melihat di media sosial. Tak terkata pimpinan pembangkang. Soal bajet ini tak terkata. Melainkan mereka terpaksa bercakap tetapi fakta hilang, meleret entah ke mana.


"Saya melihat rakyat rindukan hadirnya bajet sebegini menangani derita rakyat. Di mana kemakmuran negara dapat dikongsi biar pun dalam keadaan suasana ekonomi tidak menentu," katanya menerusi siaran langsung Facebook "Borak Dahsyat: Belanjawan 2024", malam tadi


Forum yang dimoderatorkan oleh Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin itu juga mengutarakan beberapa persoalan masyarakat, terutama golongan tentera tidak berpencen yang selama ini tidak mendapat banyak bantuan daripada kerajaan.


Untuk soalan khusus itu, Kamal Amir berkata, kali ini Kerajaan Perpaduan benar benar membela golongan berkenaan dengan pemberian tunai RM1,000 dan janji untuk melakukan kajian ke atas skim pencen sedia ada bagi bayaran yang lebih berpatutan.


"Ada yang bertanya, minta pencerahan warga Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpencen. Selama 3 tahun saya perhatikan warga tentera tidak berpencen ini tidak dapat apa apa.


"Tetapi waktu bajet ini, bila Anwar umumkan bahawa untuk pelarasan (gaji yang masih berkhidmat) untuk permulaan dapat RM2,000. Selalunya (Menteri) cakap one off, kemudian yang pencen dan tak berpencen pula, polis, tentera semua dapat RM1000.


"Bagi saya, Datuk Seri Anwar tidak punya tongkat sakti, tetapi dalam 9 bulan ini, orang tuduh macam macam. Sekarang bila buka sahaja gelanggang maka satu demi satu (tuntutan itu) disantuni. Rakyat marhaen diutamakan," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page