top of page

Belanjawan 2024: Subsidi telur, ayam kekal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 13, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk terus mengekalkan subsidi telur dan ayam bagi memastikan bekalan barangan mentah itu mencukupi dan mudah dibeli.


"Kerajaan menanggung RM3.8 bilion ringgit untuk subsidi telur dan ayam. Tujuan asal subsidi sementara ini adalah untuk mengawal harga ayam dan telur yang meningkat mendadak serta menangani kekurangan bekalan.


"Alhamdulillah, trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan," katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.


Justeru itu, katanya, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.


"Pengumuman terkait langkah-langkah konkrit lanjutan akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu," kata Perdana Menteri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page