top of page

Belanjawan 2024: PMX Prihatin Bela Wanita Tanpa Pilih Kasih



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu jelas menyaksikan nasib wanita terus dibela termasuk yang bekerja dan suri rumahtangga.


Antara yang menarik dalam belanjawan pertamanya adalah menyediakan dana sebanyak RM50 juta untuk suri rumah di bawah Program e-Kasih.


Sistem e-Kasih merupakan sistem pengkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.


Dengan adanya dana RM50 juta yang disediakan itu, sudah tentu banyak manfaat bakal diperolehi oleh suri rumah di negara ini.


Lanjut pengecualian cukai wanita bekerja


Kedua, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027.


Dalam perbentangan Belanjawan 2024, Anwar berkata, melalui langkah itu ia adalah salah satu usaha untuk menggalakkan golongan wanita agar kembali bekerja.


Bersama keputusan tersebut, kerajaan berharap penyertaan wanita dalam tenaga buruh dapat ditingkatkan kepada 60 peratus.


Perlepasan cukai elaun jagaan anak anak


Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak daripada RM2,400 kepada RM3,000.


Dengan langkah ini, lebih banyak suri rumah yang bekerja akan menikmati pengecualian cukai, sekaligus memberi lebih keselesaan menjalani kehidupan berkeluarga.


Ternyata PMX bukan sahaja konsisten membela nasib wanita tetapi juga mengiktirafkan sumbangan wanita yang turut berperanan besar membantu pembangunan negara.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page