top of page

Belanjawan 2024: Peruntukan RM393.8 bilion, terbesar dalam sejarah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 13, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 melibatkan peruntukan sebanyak RM393.8 bilion yang mana merupakan terbesar dalam sejarah negara.


Jumlah itu dimaklumkan meliputi perbelanjaan RM303.8 bilion bagi mengurus dan RM90 bilion untuk pembangunan serta RM2 bilion bagi simpanan luar jangka negara.


Dalam pada itu Perdana Menteri menyatakan kadar pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 iaitu hampir menyamai kadar sebelum Covid 19 (3.3%).


"Kendatipun kebergantungan makanan import masih tinggi, tekad dan kesungguhan semua pihak berjaya meredakan inflasi secara beransur-ansur setiap bulan tetapi kadar inflasi hanya 2 peratus iaitu antara terendah di rantau ini," katanya ketika berucap dalam Pembentangan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.


Katanya, Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur asing bagi separuh pertama 2023


"Kita berjaya meraih pelaburan diluluskan bernilai 132.6 bilion ringgit iaitu melebihi 60 peratus daripada sasaran tahun ini.


"Pencapaian ini merangkumi 63.3 bilion ringgit pelaburan langsung asing melibatkan keseluruhan 2,651 projek dan dijangka menghasilkan lebih 51 ribu peluang pekerjaan," ujarnya lagi.


Tambahnya, Malaysia juga kekal sebagai destinasi tumpuan pelancong dan menyaksikan ketibaan pelancong asing hampir 13 juta pelancong, iaitu lebih tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page