
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara melalui Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan Oktober ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, semua input yang diterima pada sesi Dialog Belanjawan 2024 KKM yang diadakan pada Khamis akan dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2024.
Ia bagi memastikan usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di samping menjana perkembangan ekonomi negara dapat dijayakan.
"Penganjuran dialog ini merupakan usaha kerajaan dalam merangka Belanjawan 2024 yang bersifat inklusif dan mampan, selari dengan prinsip-prinsip diutarakan Ekonomi MADANI," katanya.
Difahamkan, dialog yang diadakan melibatkan 96 pemegang taruh daripada pelbagai sektor industri seperti perkhidmatan sokongan hospital, farmaseutikal, teknologi maklumat dan peranti perubatan.
Ia bertujuan untuk untuk memantapkan penyediaan dokumen Belanjawan 2024 agar lebih inklusif, selaras dengan prinsip-prinsip yang diutarakan Ekonomi Madani dan Kertas Putih Kesihatan.
Comentarios