top of page

Belanjawan 2024 kesinambungan rangka Ekonomi Madani - PM



Pembentangan Belanjawan 2024 Madani Kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat merupakan kesinambungan dasar Kerangka Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua usaha yang dirangka dalam belanjawan itu meliputi setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi Madani yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama.


Tiga tumpuan utama itu yang pertama jelasnya adalah tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan; kedua penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan ketiga adalah peningkatan darjat hidup rakyat.


“Kesempatan yang ada perlu dimanfaat untuk kita melakukan reformasi menyeluruh terhadap struktur ekonomi bagi mengembalikan tahap negara sebagai jaguh Asia.


“Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat diluncurkan sebagai kerangka besar bagi berdepan kerencaman tantangan semasa dan jangka panjang dengan menaikkan siling dan lantai. Tumpuan utama adalah untuk merombak struktur ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat,” katanya beliau yang juga Menteri Kewangan.


Tambah Anwar, langkah-langkah baharu di bawah Ekonomi Madani adalah untuk mencapai tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana.


Tambahnya, Ekonomi Madani juga menjadi induk kepada dasar-dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page