top of page

Belanjawan 2024: Beri peruntukan martabatkan Bahasa Melayu - ABIM



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Kerajaan Madani agar menyediakan peruntukan khusus untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentang Jumaat ini.


Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, usaha itu penting selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.


"Dengan kedudukan yang termaktub dalam Perlembagaan ini, adalah wajar untuk usaha memartabatkan Bahasa Melayu diperkasakan dengan peruntukan yang besar.


"Antara usaha yang perlu diberikan ialah peruntukan program wacana serta menghadam karya-karya agung dalam Bahasa Melayu, untuk membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda berdasarkan kepada warisan budaya negara ini.


"Peruntukan yang lebih besar kepada usaha untuk memartabat Bahasa Melayu juga boleh dimanfaatkan untuk merangsang program penyelidikan serta pembangunan, yang meliputi pelaksanaan program penterjemahan yang lebih agresif membabitkan istilah semasa serta penerbitan bahan-bahan ilmiah khususnya membabitkan bidang sains dan teknologi," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Faisal, hasil daripada penyelidikan dan pembangunan juga boleh dikembangkan kepada usaha jangka panjang untuk menerbitkan kamus Bahasa Melayu antarabangsa meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei dan rantau Nusantara.


Selain itu, katanya, ABIM juga mahu usaha memperkasa Bahasa Melayu meliputi tindakan membumikan Bahasa Kebangsaan sehingga ke akar umbi khususnya dalam kalangan generasi muda.


"Antaranya ialah membiayai program untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.


"Ini termasuk membiayai penerbitan serta penyebaran majalah, novel serta buku-buku ilmiah yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu Baku serta berunsur nilai-nilai positif kepada masyarakat.


"Manakala institusi serta agensi berkaitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diperkasakan peranannya sehingga mempengaruhi pelaksanaan dasar yang menyentuh kedudukan serta Bahasa Melayu sesuai dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perkara 152," katanya lagi.


Usaha memartabatkan Bahasa Melayu, tambah Faisal, perlu turut diperkasakan menerusi jalur industri kreatif dengan melibatkan syarikat korporat serta pempengaruh dalam aktiviti kebahasaan, untuk membolehkan penghasilan bahan kandungan dalam Bahasa Melayu ditingkatkan.


ABIM juga, katanya, mahu penguatkuasaan penggunaan Bahasa Malaysia (baku) dalam penghasilan bahan kandungan, penyiaran dan pengiklanan perlu dilaksanakan di samping pelbagai inisiatif serta galakan yang lain.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page