top of page

Belanjawan 2023 utamakan pertumbuhan ekonomi, pembangunan saksama




Belanjawan 2023 akan menumpukan aspek pertumbuhan ekonomi saksama berpaksikan keadilan sosial di tengah tengah ramalan kemelesetan ekonomi global.


Hal itu ditegaskan dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri selepas sidang Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang pertama pada tahun ini.


Menurut kenyataan itu Kerajaan akan mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam merangka Belanjawan 2023 berupa pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama yang akan cuba dilaksanakan walaupun mewarisi beban hutang yang tinggi dan ekonomi global yang tidak menentu.


"Pada tahun 2022, hutang dan liabiliti Kerajaan hampir menjangkau RM1.5 trilion atau lebih 80% daripada KDNK dengan nisbah khidmat hutang dijangka akan melebihi 15% daripada hasil. Pertumbuhan global juga dijangka menyederhana pada tahun 2023.


"Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran prospek ekonomi dunia bakal merosot dengan kebanyakan negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi.


"Maka Belanjawan 2023 akan mencerminkan pertanggungjawaban Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan pertumbuhan, pengagihan saksama dan keadilan sosial," kata kenyataan itu.


Tegas kenyataan itu lagi, hal tersebut selaras dengan konsep pembangunan Malaysia MADANI supaya kemajuan ekonomi dapat dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.


"Kerajaan akan mengekalkan dasar fiskal mengembang untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.


"Kerajaan turut komited untuk melaksanakan langkah mengurangkan defisit secara berperingkat serta memastikan nisbah hutang dan liabiliti Kerajaan berbanding KDNK terkawal," kata kenyataan itu.


Belanjawan 2023, yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari 2023 dijangka akan merangkumi langkah-langkah menggalakkan pelaburan sektor swasta dan reformasi sektor awam yang bertujuan mengurangkan birokrasi, meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan serta menambah baik tatakeloka Kerajaan.


Jawatankuasa Dasar Fiskal bertujuan meneliti fiskal Kerajaan dan perkembangan ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.


Jawatankuasa ini dianggotai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dan dihadiri pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page