top of page

Belanjawan 2023: Rombak cara perancangan ekonomi negara, gunakan model baharu



Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada Jumaat ini seharusnya digunakan untuk merombak perancangan ekonomi negara yang lemah dan peruntukan diagihkan ke sumber yang betul bagi memulihkan negara yang tenat ekonominya.


Hal itu ditegaskan oleh Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam mengharapkan sekelumit keberanian pada jiwa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk merekabentuk semula ekonomi negara.


"Isu maruah dan martabat bangsa bukan lagi satu pilihan tetapi satu kemestian bagi menjamin segala aktiviti ekonomi negara dan pengurusannya dipandu oleh kompas nilai dan dilihat daripada lensa mengangkat maruah dan martabat bangsa.


"Kita mula menempah kegagalan apabila skandal 1MDB dan kes rasuah melibatkan pemimpin tertinggi negara. Jika Belanjawan 2023 tidak membuat pemunggaran semula polisi lama dan menggantikannya dengan pengukuhan, maruah dan martabat kita hampir pasti sampai ke status negara gagal.


"Belanjawan 2023 perlu menterjemahkan keperluan di atas dengan merombak cara negara membangunkan ekonomi dan keperluan memulangkan kepada rakyat kekayaan dengan cara bermaruah.


"Belanjawan bukanlah upacara menggula-gulakan rakyat, ia perlu diterjemahkan kepada pengukuhan nilai dan inovasi ide yang melihat impak pembangunan dan cara membangunkan negara mengikut acuan kelestarian ataupun "sustainable developement framework"," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Ahli Parlimen Parit Buntar itu lagi, menangani amalan rasuah yang sistemik juga seharusnya menjadi keutamaan kerajaan PM Ismail Sabri.


Katanya, ketirisan kerana rasuah hari ini turut menjejaskan peruntukan perlindungan sosial untuk menangani kejutan pasca pandemik Covid 19 bagi menjamin kehidupan asas di kalangan masyarakat marhaen terpelihara.


"Kerana rasuah jurang kekayaan antara rakyat semakin melebar dan kelompok terbawah yang sepatutnya diperjuangkan hak asasi mereka untuk meneruskan hidup, diabaikan secara sistemik sehingga berpotensi melahirkan huru-hara sosial yang tidak berkesudahan.


"Menangani rasuah adalah prioriti Belanjawan 2023 melalui pengukuhan kaedah pendakwaan terhadap kes-kes rasuah. Cadangan memisahkan Pejabat Pendakwaan dengan Pejabat Peguam Negara adalah bagi menjaminkan kebebasan dan salahguna kuasa pihak Peguam Negara.


"Belanjawan perlu ada perubahan struktural bagi mengatasi rasuah yang berlaku secara sistemik. Antaranya adalah reformasi penganugerahan kontrak yang perlu dibuat secara terbuka dan pengukuhan PAC supaya lebih proaktif dalam melihat perjanjian kontrak supaya tidak merugikan duit negara," katanya.


Selain itu, beliau juga memberikan cadangan supaya Belanjawan 2023 dibangunkan atas platform Pertumbuhan Pintar, Pertumbuhan Mampan dan Pertumbuhan Inklusif


"Model pelaburan berpandukan kerangka ESG (environmental, social & governance) perlu dimulakan atas tapak perundangan yang kuat, telus dan bertanggungjawab.


"Pertumbuhan masa depan negara perlu dibina atas 3 kriteria penumbuhan iaitu Pertumbuhan Pintar, Pertumbuhan Mampan dan Pertumbuhan Inklusif.


"Belanjawan perlu menterjemahkan 3 kriteria ini jika negara mahu menguasai medan baru yang semakin mendesak ke arah sifar pelepasan karbon mengakibatkan kesan rumah hijau yang merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim," katanya lagi.


Bagi pengerusi Pakatan Harapan Perak itu, cara dan kaedah pembangunan terbaik perlu berpindah kepada keseluruhan konsep SDG (Sustainable Development Growth).


Pemindahan kepada kerangka tersebut katanya haruslah dimulakan dengan langkah sifar rasuah supaya masa depan model pertumbuhan dapat menangani isu integriti bagi memacu pertumbuhan baharu negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page