
Satu perkataan yang boleh diungkapkan bagi keseluruhan Belanjawan Madani 2023 semalam ialah 'menyelesaikan masalah kesenjangan masyarakat' yang tidak ditangani sejak 2 dekad lalu.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Belanjawan 2023 jelas menyerlahkan iltizam dan perjuangan Perdana Menteri selama 24 tahun dalam gerakan Reformasi yang mahu menyeimbangkan sosio ekonomi masyarakat, terutama antara golongan maha kaya dan miskin papa.
"Bajet adalah penjelmaan kepercayaan Anwar yang mahu menyelesaikan kemiskinan, tiada siapa yang tertinggal. Pada masa yang sama pro-pertumbuhan serta mesra perniagaan.
"Oleh itu, banyak agenda reformasi ekonomi dalam bajet seperti sifar kemiskinan tegar menjelang 2023, cukai ke atas barangan mewah, pengagihan tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah," katanya dalam kenyataan.
Selain itu, kata Tze Tzin, banyak juga berita baik lain yang diumumkan dalam belanjawan berkenaan biar pun mengimbangi tanggungjawab fiskal dan dalam masa sama meningkatkan perbelanjaan pembangunan sangat sukar untuk dicapai.
"Namun pelan pemulihan ekonomi ini realistik untuk 2023. Saya optimis tentang 2023," katanya lagi.
Tolong luluskan pengeluaran KWSP one-off untuk rakyat,itu duit rakyat,rakyat berhak dpat semula dikala susah begini