top of page

Belanjawan 2023 lulus pada peringkat jawatankuasa



Belanjawan 2023 diluluskan pada peringkat jawatankuasa petang tadi.


Belanjawan pertama pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diluluskan secara undian suara.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) mencadangkan kepada dewan untuk meluluskan belanjawan dan Timbalan Spekaer, Alice Lau meminta diadakan undi suara pada jam 7 malam selepas perbahasan peruntukan Kementerian Pendidikan, iaitu perbahasan terakhir peringkat jawatankuasa.


Pada jam 7.05 malam suara 'setuju' kedengaran lebih banyak daripada 'tidak' dan kemudian Rang Undang undang berkenaan diluluskan pada bacaan kali kedua.


Esok Belanjawan 2023 akan melalui bacaan kali ketiga sebelum diluluskan sepenuhnya.


Belanjawan 2023 dibentang Anwar yang juga menteri kewangan pada 24 Februari lalu dengan peruntukan sebanyak RM386.14 bilion.


Belanjawan tersebut juga menyediakan peruntukan pembangunan tertinggi iaitu sebanyak RM99 bilion, merangkumi suku daripada keseluruhan belanjawan.


Belanjawan 2023 diluluskan di peringkat dasar pada 9 Mac lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page