top of page

Belanjawan 2023 disusun semula, rangkum semua golongan - PM



Belanjawan 2023 yang akan dibentang semula bulan Februari akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat termasuk golongan M40.


Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media pada akhir lawatan dua hari ke Brunei semalam


"Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian," katanya.


Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, setakat ini isu kandungan Belanjawan 2023 masih diperincikan dan belum diputuskan sepenuhnya.


"Belum siap lagi (Belanjawan 2023). Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta," jelas pada sidang media yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Pada 17 Januari lalu, Anwar dilaporkan berkata Belanjawan 2023 yang bakal dibentang semula tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan terdahulu.


Bagaimanapun beliau berkata, cadangan yang dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan diambil kira dalam perangkaan Belanjawan baharu


Belanjawan kali ini dijangka lebih terarah kepada usaha menjana semula ekonomi tempatan dengan tumpuan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor berimpak tinggi seperti teknologi, pertanian dan tenaga boleh baharu serta mempunyai keupayaan eksport.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page