top of page

Belanjawan 2023 diharap ringankan beban rakyat, tingkatkan ekonomi




Sesi Parlimen khususnya Dewan Rakyat yang bermula hari ini dan seterusnya membentangkan semula Belanjawan 2023 yang telah dibentang tetapi tidak diluluskan pada tahun lalu berikutan Pilihan Raya Umum ke 15 ditunggu tunggu kebanyakan rakyat.


Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, beliau berharap belanjawan atau bajet yang akan dibentangkan semula itu akan mengambil kira keperluan rakyat terbanyak yang masih dalam kesempitan hidup berikutan pasca pandemik Covid 19, juga membina daya tahan ekonomi menghadapi kemungkinan kemelesetan global tahun ini.


"Kita harap bajet yang bakal diumumkan ini dapat meringankan beban rakyat. Yang mana sekarang kita nampak pembangunan ekonomi harus diberi keutamaan, wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan ada langkah untuk menaikkan gaji pekerja pekerja kita dalam jangka masa sederhana dan panjang. Kita mahu lihat dasar itu," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, beliau berharap bantuan sedia ada kepada rakyat diteruskan dan diwujudkan bantuan bersasar tertentu bagi memperbaiki keseimbangan sosial atau jurang kesenjangan antara golongan kaya dan miskin di negara ini.


"Dalam jangka masa pendek kita harap bantuan kepada rakyat boleh diteruskan, dan ada bantuan yang bersasar kepada golongan yang memerlukan," katanya lagi.


Persidangan Dewan Rakyat akan bermula hari ini sehingga 30 Mac 2023.


Pebukaan Mesyuarat Pertama penggal kedua Parlimen ke 15 ini akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya sesi bahas bermula esok.





1 comment

1件のコメント


mdyunosnoordin
2023年2月14日

Blh bantu sya yg usia 63 sudah besara

いいね!

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page