top of page

Belanjawan 2023 ambil fokus daya saing negara



Belanjawan 2023 akan memberi keutamaan dalam isu daya saing negara yang merosot sejak beberapa tahun lalu sehingga mengurangkan kemasukan pelaburan langsung asing.


Menyentuh hal berkenaan, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Kementerian Kewangan pagi tadi berkata belanjawan yang akan dibentang pada 24 Februari akan tumpu kepada memacu pertumbuhan negara, termasuk menarik pelaburan serta memberi 'rahmah' kepada rakyat.


"Kita ketinggalan dalam (bidang-bidang tersebut) berbanding Indonesia, Thailand dan Vietnam. 


"Kita mesti depani hal-hal ini untuk memastikan kita berdaya saing," katanya dipetik Bernama pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Putrajaya hari ini. 


Namun bagi Anwar, cabaran terbesar adalah untuk menseimbangkan belanjawan yang pro pelaburan di samping menangani masalah kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat.


"Kadangkala ada pertembungan sedikit. Saya selalu sebut perbenturan idea dan dasar. Ini dapat jadi contoh bagaimana kita dapat terjemahkan Madani dalam pertumbuhan ekonomi.


"Fokus kita bukan soal kaum atau daerah. Fokus kita adalah rakyat. Saya tidak boleh tidur nyenyak jika rakyat merasa tersisih dan tidak dipedulikan oleh pemimpin negara," kata Anwar.


Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim. 


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page