top of page

Belanjawan 2022: Tingkatkan peruntukan program subsidi upah - Hassan Karim



Program subsidi upah yang berakhir pada Disember 2021 perlu diteruskan dan diberi peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2022.


Pembantu Jurucakap Pekerja dan Hak Pekerja KEADILAN, Hassan Abdul Karim berkata, program berkenaan dilihat amat membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam menghadapi ketidaktentuan akibat pandemik Covid 19 dan selepasnya.


"Program subsidi upah yang dilaksanakan semasa tempoh pandemik Covid-19 perlu diteruskan. Saya melihat program subsidi upah yang diurus oleh Perkeso memang dapat membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana bagi mengelakkan pekerja dibuang kerja, ratusan ribu pekerja dapat diselamatkan dari kehilangan pekerjaan dengan adanya program subsidi upah tersebut


"Satu jumlah yang besar perlu diperuntukkan kepada Perkeso untuk meneruskan program tersebut, kerana walaupun kilang-kilang dan perusahaan kecil serta sederhana boleh beropersi tetapi mereka perlu mengambil masa yang panjang untuk mampu membayar gaji pekerja pada jumlah sepenuhnya," kata Hassan kepada Suara Keadilan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, beliau turut setuju dengan saranan pakar ekonomi dalam menambah jumlah subsidi sedia ada bagi mengelakkan syarikat membuang pekerja dan menyukarkan lagi usaha pemulihan ekonomi.


"Sektor ini perlu dibantu supaya para pekerja mendapat gaji yang sepatutnya dan ini akan mendorong kepada penghasilan produktiviti yang tinggi.


"Selain itu, jika program subsidi upah ini diteruskan maka Kerajaan atau negara terlibat sama dalam usaha meningkatkan gaji pekerja ke arah berpendapatan tinggi dengan syarat seiring peningkatan produktiviti. Program Subsidi Upah ini jika diteruskan akan menggalakkan tumbuhnya syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang baru untuk merancakkan pembangunan ekonomi apabila Kerajaan dilihat membantu mereka dalam menyediakan subsidi gaji bagi pekerja


"Ada pakar ekonomi menyarankan supaya RM1 bilion sebulan disediakan untuk program subsidi upah ini, saya menyokong cadangan tersebut atas alasan program ini akan memulihkan ekonomi negara dengan cepat dan pekerja yang berjuta orang terjamin kerja mereka," katanya.


Di samping itu, Hassan mahu program subsidi upah yang diuruskan Perkeso dilaksanakan dengan baik dan mengelak daripada berlakunya ketirisan.


"Program ini yang diurus baik oleh Perkeso (sejak 2020) dapat mengelakkan ketirisan dan kebocoran. Malah program seperti ini jauh lebih baik daripada meneruskan projek-projek bermasalah dan penuh kontroversi, penyelewengan serta rasuah melibatkan berbilion ringgit wang negara seperti projek RM9.4 bilion Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP)," katanya lagi.


Baru-baru ini, pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid menyarankan RM 1 bilion sebulan perlu diperuntukkan untuk program subsidi upah. Beliau mengkritik program sebelum ini yang dilihat tidak cukup bertenaga untuk mempertahankan pekerjaan terutama dalam sektor IKS.


0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page