top of page

Belanjawan 2022: Sebahagian besar cadangan PH diterima namun ada beberapa kelemahan - Anwar



Pertama kali dalam sejarah negara sebahagian besar cadangan untuk draf belanjawan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) diterima oleh kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Kewangan dan akan dibentangkan sebagai Belanjawan 2022.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penerimaan cadangan peruntukan tambahan RM45 bilion menangani Covid 19 dan moratorium pinjaman bank merupakan kelegaan bagi rakyat kali ini dan pelaksanaannya perlu dipantau rapi.


"Kita telah kemukakan cadangan dan sebahagian besar diterima walaupun kita tidak tahu kaedah terperinci, dan kena tunggu ucapan belanjawan.


"Pendekatan belanjawan ini kita terdapat aspek kritikal, umpamanya dalam memorandun kerjasama (MoU) kita minta dana suntikan RM45 bilion, itu dimasukkan dalam belanjawan walaupun tidak sepenuhnya seperti yang dirungkai awal, tetapi sebahagian sasaran yang terkesan itu dimasukkan.


"Perbincangan selain tiga wakil PH, juga CEO bank, Kementerian Kewangan telah menekankan mereka supaya berbincang dengan kami. Dengan pasukan Lim Guan Eng dan dengan saya serta pasukan untuk menjelaskan hal-hal penting.


"Kemudian dimasukan kelompongan yang jelas akan hal-hal penanganan ekonomi yang melibatkan Covid, iaitu peruntukan mengangkat semula kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ini juga banyak ditekankan oleh Guan Eng dan dipersetujui, umpamanya peruntukan RM30 bilion, ini baharu," katanya dalam sidang media di Bilik Taklimat bangunan sementara Parlimen, tengah hari tadi.


Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, PH tetap tidak bertoleransi di atas kelemahan kaedah pelaksanaan dan sistem penyampaian kerajaan.



Katanya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan akan terus dikritik PH pada masa akan datang.


"Kita mahu supaya pendekatan itu agak lebih berani, progresif termasuk dalam hal percukaian, soal disebut cakna jantina (gender responsif). Kita tidak mengharapkan Menteri Kewangan menjawab itu semua dalam persiapan belanjawan.


"Kemudian kelemahan kita selama berdekad-dekad menangani masalah kemiskinan dan kesenjangan. Penialian tahap kemiskinan itu ada kelemahannya. Disyorkan Indeks Pengukur Kemiskinan Pelbagai Dimensi. Ini dimaklumkan juga kepada Menteri Ekonomi. Kita mahu hal ini diambil kira untuk lebih berkesan menangani kemiskinan.


"Kemudian tentunya yang agak semasa, ASG atau alam sekitar, sosial dan urustadbir. Ini bagi saya satu kelompongan yang besar yang kita harus tangani dan saya minta Ahli Parlimen dari PH menekankan kerusakan akibat tindakan gelojoh dan kerakusan manusia yang memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya.


Begitu juga hal-hal sampingan dari Belanjawan, yang menurut Anwar perlu diambil berat oleh kerajaan.


Terutama katanya, berkenaan tatakelola yang lemah dan ketirisan melaksanakan peruntukan dari bajet yang saban tahun tetap berlaku sehingga mencatat kerugian besar ke atas kerajaan.


"Ada hal dibangkitkan dan tidak termasuk dalam belanjawan khusus, apa yang tidak disebut dalam belanjawan ini dalah off budget, perbelanjaan yang besar yang harus kita ambil kira kerana tanggungjawab perbendaharan memantau belanjawan ini seperti projek ECRL, HSR yang harus kita teruskan dan harus dipantau juga memberi kesan kepada perbelanjaan negara secara keseluruhannya. Sekarang ura-ura Lapangan Terbang Subang yang menimbulkan keresahan banyak pihak.


"Juga ketirisan tatakelola, itu akan dipantau. Perbelanjaan boleh diumumkan tetapi bagaimana nak pantau. Ketua Audit Negara tiap tahun sebut kelemahan tetapi ia terus berulang.


"Contoh (subsidi) minyak masak, membantu nelayan dan orang miskin beli minyak masak semua orang sokong tetapi balanya kerana ada ketirisan RM200 juta. Atas nama membantu rakyat rompakan berlaku.


"Penswastaan kontrak keselamatan sekolah bila dibuat kajian berdasarkan kontrak yang kita perolehi menyebabkan beban atas kerajaan RM200 juta. Kalau diswastakan dengan teratur kita akan selamatkan RM200 juta," katanya lagi.


Justeru, pengerusi PH itu menyeru agar kerajaan tidak sahaja menyediakan bajet tetapi juga mengambil kira kaedah terbaik pelaksanaan dan mengurangkan ketirisan sedaya upaya yang mungkin.








0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page