top of page

Belanjawan 2022: Bantuan tanam semula sawit, peruntukan banjir tidak mencukupi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 3, 2021
  • 3 min read


Sektor sawit merupakan penyumbang utama pendapatan komoditi negara, termasuklah yang melibatkan pekebun sawit kecil. Bagaimanapun dalam pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini, pekebun sawit kecil tidak dibela terutama dalam hal penanaman semula.


Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) bertanya mengapakah bantuan tanam semula kepada pekebun kecil amat terbatas jumlahnya sekitar RM35 juta dan dikhuatiri tidak mencukupi untuk menampung jumlah pekebun kecil yang memohon


"Saya ingin bangkitkan bantuan tanam semula. Kita lihat dalam Belanjawan sebanyak RM35 juta bantuan tanam semula pekebun sawit.

"Berdasarkan pengalaman saya dahulu (Timbalan Menteri Komoditi Utama), kalau sekadar RM35 juta peruntukan kita hanya boleh bagi untuk tanam semula 9,500 hektar dengan mengambil kira RM1,500 bantuan.


"Keluasan pekebun kecil yang mengusahakan sawit 1.7 juta hektar. Kita hanya boleh bantu 9,500 hektar sahaja untuk tanam semula. Kalau begini keadaannya, yang kita buat ini 'seperti jangan tak ada' sahaja.


"Satu lagi persoalan adakah perlu dibuat strategi tanam semula ketika harga sawit meningkat? Kalau mereka potong pokok, nak tumbuh 3 tahun lagi. Pada saya itu satu tindakan tidak bijaksana.


"Sekarang harga naik mereka tanam sawit gembira tetapi harga tidak mestinya meningkat. Apakah perancangan jangka panjang untuk pekebun kecil ini ketika harga jatuh nanti? Kerana bantuan yang kita sediakan pada harga jatuh berkaitan dengan Kementerian Kewangan dan kita minta ada satu kesalingan dalam kementerian untuk memikirkan kepada pekebun kecil jika harga jatuh," katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022, pagi tadi.


Dalam pada itu, Shamsul juga menimbulkan isu bantuan bencana alam yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan yang tidak sesuai berbanding situasi harga barang ketika ini dan mengikut ukuran yang mungkin sedekad lalu.


Beliau berharap kerajaan meningkatkan jumlah bantuan agar golongan B40 yang ditenggelami banjir mampu mengembalikan kehidupan mereka kepada asal selepas bencana.


"Sekarang musim hujan dan rakyat terkena musibah banjir, terutama golongan B40. Saya telah cakap banyak kali. Baru-baru ini di Hang Tuah Jaya kita hadapi banjir. Adakah penyelesaikan jangka panjang? Bagaimana nak selesaikan masalah ini, ada beberapa kementerian bertelingkah...... Cukuplah dengan birokrasi. Bila banjir bukan puluh, malah ribuan orang miskin menghadapi masalah. Terutama pasca banjir.


"Bila ada ada bencana perlukan peruntukan. Saya nak tanya Kementerian Kewangan, tak kan selama-lamanya peruntukan RM200. Di peringkat Pejabat Daerah manakala Nadma juga RM200," katanya.


Selain itu, Jurucakap KEADILAN untuk Pembangunan Luar Bandar itu juga menimbulkan isu bantuan kepada usahawan kecil luar bandar yang keberkesanannya diragui meningkatkan ekonomi golongan berkenaan.


"Dari satu segi, Belanjawan diharap dapat merancakkan ekonomi luar bandar dan melahirkan usahawan. Terdapat sokongan bantuan kepada mereka.


"Namun kita agak kesal kerana mengikut buku bajet ini, menyatakan peratusan usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan selepas 6 bulan menerima bantuan pembiayaan, pada 2020 hanyalah 66%. Untuk tahun 2020 disasarkan 60% yang berjaya meningkatkan pendapatan. Mengapa tidak 100%? Jadi saya minta Kementerian Luar Bandar untuk menyatakan bagaimana nak menyelesaikan perkara ini.


"Ekonomi luar bandar bukan pembangunan insfrastruktur sahaja tetapi bagaimana untuk kita membentuk budaya usahawan terutama dalam kalangan generasi muda. Bagaimana ekonomi mereka boleh dirancakkan. Saya minta dijelaskan dengan terperinci dalam jawapan," katanya.


Shamsul juga membangkitkan isu peruntukan pelancongan di kawasan Parlimen beliau untuk masyarakat setempat mendapat kelebihan mengusahakan produk pelancongan di tengah-tengah kepesatan Melaka sebagai destinasi utama pelancongan.


"Kawasan saya wakili Hang Tuah Jaya adalah kawasan pelancongan dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ada buat kajian aktiviti ekonomi di kawasan Air Keroh.


"Di sini tak perlu pergi ke bandar untuk makan asam pedas, ada satu kedai, Pak Man namanya dan pendapatannya luar biasa kerana mereka tidak mahu masuk ke bandar akibat jalan sesak.


"Namun di kawasan Air Keroh itu boleh dibangunkan produk pelancongan. Saya tahu kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang signifikan untuk restart pelancongan dan kita tahu Melaka tak ada sumber ekonomi lain yang signifikan selain pelancongan.


"Apakah di sana terdapat kesediaan di peringkat kementerian agar produk pelancongan mungkin tidak berskala besar, skala sederhana tetapi boleh menarik pelancong di dalam negara, agar aktiviti ekonomi yang akan terbabit dari pelancong ini dapat merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat," katanya lagi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page