top of page

Belanjawan 2021 tambah peruntukan RM500 juta, sumber dari mana?



Pembangkang dalam sesi penggulungan Belanjawan 2021 kehairanan melihat pertambahan peruntukan yang begitu besar dalam belanjawan namun tidak dijelaskan dari sumber manakah peruntukan tersebut diperolehi.


Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pertambahan peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 26 November lalu mencecah RM500 juta tetapi tidak diketahui adakah perolehannya melalui pemotongan peruntukan kementerian, pinjaman kerajaan atau melalui cara-cara lain.


"Dia (Zafrul) cerita banyak, nelayan tambah RM100, pekebun tambah RM200. Dia bagi data cepat-cepat tetapi tak ada nombor pun. Dia tak cerita macam mana nak tambah dana? Dia ingat nak pergi shoppingkah? Tambah beli keju, beli tomato. Tak boleh macam itu.


"Sebagai Menteri Kewangan, belanjawan ini perkara berbilion ringgit, kalau nak tambah dia kena cerita dengan cara lebih baik. Nak tambah berapa, bagi ke kementerian mana, duit dapat dari mana? Potong peruntukan yang mana?


"Kita mahu tahu tambahan dana (belanjawan dijangka) RM500 juta itu dari mana? Itu semua (perincian) tak ada. Jadi kami keliru," kata Wong Chen dalam program "Siri Analisis Belanjawan: Mengapa Belanjawan 2021 Tidak Ditolak?" anjuran Institut Darul Ehsan malam tadi.


Menurut beliau lagi, penggulungan Zafrul juga bermasalah kerana tidak mengikut peraturan dewan dalam menjawab soalan.


Akibatnya, kata Wong, kebanyakan Ahli Parlimen keliru dan tidak menggangu ucapan Zafrul yang tidak teratur.


"Keliru cara dia. Dia Menteri Kewangan baru. Saya rasa dia tak faham cara membuat jawapan perbahasan.


"Dia kena rujuk soalan dan jawab satu per satu. Tetapi dia jawab secara gabung semua soalan. Saya nak bincang tentang moratorium, gaji, nelayan dan sebagainya. Sebenarnya dia tak boleh cakap macam itu. Dia kena cakap Ketua Pembangkang telah menimbulkan 4 soalan, jawapan saya seperti berikut.


"YB Subang tanya 5 perkara, ini jawapan saya. Sepatutnya dia kena ada order. Bila dia tembak kiri kanan, atas bawah, kita sebenarnya bukan terpukau (dengan pengumuman peruntukan) tetapi keliru cara dia jawab.


"Saya tunggu bila dia nak jawab soalan saya. Tak ada. Sebab itu lebih kurang 10 minit pendahuluan tak ada orang kacau dia, sebab kita keliru," katanya lagi.


Sehubungan itu, Wong Chen mahu Kementerian Kewangan menyediakan data yang lengkap dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa mulai Isnin ini.


Pembangkang tidak teragak-agak menggagalkan pengundian peringkat jawatankuasa sekiranya terdapat unsur-unsur membazir dan kekaburan dalam peruntukan kementerian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page