top of page

Belanjawan 2021 lulus, PN raih majoriti tipis

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Dec 15, 2020
1 min read


Selepas perbahasan di peringkat jawatankuasa, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga akhirnya diluluskan di Parlimen dengan hanya majoriti tipis memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Dalam sesi undi belah bahagian, PN meraih 111 undi yang menyokong berbanding 108 undi yang tidak menyokong, menandakan kerajaan hanya mempunyai kelebihan tiga undi sahaja.


Hanya seorang ahli Parlimen yang tidak hadir iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.


Ini bermakna semua Ahli Parlimen pembangkang sepakat menolak Belanjawan 2021, yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Warisan, Pejuang, Syed Saddiq (MUDA) dan Dr Maszlee Malik.


Selepas ini, RUU Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Dewan Negara untuk dibahaskan dan diluluskan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page