Belanjawan 2021 lulus biar pun ada usaha untuk Undi Belah Bahagi


Belanjawan 2021 akhirnya diluluskan menerusi suara undi di Dewan Rakyat.


Walaupun terdapat cubaan dari pihak pembangkang iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar untuk membuat undi belah bahagi, perkara itu tidak kesampaian kerana hanya mendapat sokongan 13 orang berbanding 15 orang yang diperlukan berdasarkan peraturan mesyuarat.


13 Ahli Parlimen tersebut terdiri daripada 6 ahli parlimen dari Amanah, 4 Ahli Parlimen dari Pejuang, seorang ahli parlimen KEADILAN iaitu Hassan Abdul Karim, seorang Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dari Parti Sarawak Bersatu dan seorang Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol dari DAP.


Majoriti Ahli Parlimen bersetuju memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 selepas beberapa pindaan dibuat oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Aziz.


Beberapa pindaan yang dibuat melibatkan kebenaran kepada 8 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000 dari Akaun 1, lanjutan moratorium kepada peminjam B40, peruntukan untuk kumpulan wang Covid-19 dan peruntukan tambahan RM50 juta untuk kerajaan negeri Sabah.


Bagaimanapun, perbahasan untuk Belanjawan 2021 masih belum selesai kerana bermula minggu depan, ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat untuk dibahaskan sebelum diundi untuk diluluskan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER