top of page

Belanjawan 2021: KEADILAN hayati titah Agong, setiap perkara perlu diteliti


KEADILAN menjunjung kasih dan menghayati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahu kebajikan rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen bulan

depan.


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata titah nasihat Agong itu amat wajar dihayati dan diteliti bagi memastikan setiap peruntukan dalam bajet benar-benar disalurkan kepada rakyat.


“Titah nasihat yang datang dari istana merupakan nasihat yang datang daripada raja yang bijaksana. Itu mesti dihayati.


“Dalam konteks ahli parlimen, cara menghayatinya ialah dengan meneliti setiap patah perkataan, setiap angka... dari mana duit datang, dari mana hasil, ke mana dibelanjakan, dan kemudian membuat keputusan dalam institusi parlimen, kerana setiap sen adalah duit rakyat,” katanya dipetik.


Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian KEADILAN dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung hari ini.


Bagaimanapun, Saifuddin berkata KEADILAN dan PH tidak akan menyokong Belanjawan 2021 secara membabi-buta, sebaliknya akan dibahaskan terlebih dahulu.


“Naluri kemanusiaan pun, kita ada sifat, sebelum bersetuju atau tidak bersetuju, sokong atau tolak, kita hendaklah tahu dulu satu-satu perkara.


“Dari sudut tanggungjawab sebagai ahli parlimen pun, kita kena tahu isi kandungan sesuatu belanjawan. Sebab kita akan berbahas.


“Belanjawan ini melibatkan polisi dan angka. Dia melibatkan maklumat pendapatan dan perbelanjaan negara. Yang kita nak belanjakan ini wang rakyat,” katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page