top of page

Belanjawan 2021 Johor positif, pembangkang dapat peruntukan RM200 ribu



Belanjawan 2021 negeri Johor yang baharu diluluskan kelmarin dilihat positif oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor.


Sehubungan itu, AMK Johor memuji Menteri Besar (MB) Datuk Ir Hasni Mohammad yang mendahulukan kepentingan rakyat berbanding perhitungan politik dalam memberikan peruntukan RM150,000 kepada ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) serta menambah RM50,000 peruntukan one off bagi menangani isu-isu kebajikan rakyat.


"AMK Johor melihat “Gesture” ini sebagai menunjukkan profesionalisme Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri tanpa mengira latar parti politik dan memahami peranan pembangkang yang memainkan soal semak dan imbang.


"Ini adalah satu permulaan demokrasi subur di Johor demi kesejahteraan rakyat, kemakmuran bersama dan pembangunan," kata kenyataan yang dimuatnaik dalam facebook Ketua AMK Johor, Yuneswaran Ramaraj.


Menurut kenyataan itu lagi, Belanjawan 2021 juga akan memberi kelebihan kepada golongan muda Johor berikutan beberapa skim baharu yang diperkenalkan.


"Di Johor terdapat lebih daripada 1.5 juta Orang Muda Johor yang berumur antara 14 -39 tahun dan sebahagian dari belanjawan Johor juga meliputi agenda kepada anak muda di Johor.


"Ekonomi belia, projek pembangunan Belia Tani Felda, memperkasakan mahasiswa dan sebagainya juga harus menjadi realiti dan harus dilaksanakan seperti dalam buku Belanjawan 2021 demi pembangunan belia Johor," kata kenyataan itu lagi.


Belanjawan Johor 2021 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan sebulat suara selepas MB menjanjikan peruntukan tambahan RM50,000 kepada ADUN pembangkang. Belanjawan yang bertemakan ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ itu menggariskan 12 Agenda Utama.


Belanjawan Johor 2021 kali ini merupakan belanjawan defisit berjumlah RM248.14 juta berikutan unjuran hasil negeri hanya RM1,609.07 juta manakala unjuran perbelanjaan berjumlah RM1,857.21 juta.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page