top of page

Belanja promosi penerangan kerajaan terdahulu RM300- RM700 juta terlalu besar - PM



Belanja promosi diluluskan oleh kerajaan PN dari 2020 - 2022 terlalu besar. Hal itu didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi soalan jawab PM di Dewan Rakyat, pagi ini.


Menurut PM, hanya ketika Bera menjadi ketua kerajaan perbelanjaan promosi media sedikit mengecil berbanding Pagoh sebelumnya.


"Sejak 2020 sehingga 2022 kerajaan telah membelanjakan, masa itu Pagoh (dan Bera sebagai PM) sebanyak RM700 juta.


"Iklan, promosi, publisiti. Ini bermakna hampir RM500 juta dibelanjakan semasa Pagoh dan selebihnya oleh Bera.


"Tetapi Bera tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan. Sebab itu pada 2023 saya tidak ada apa apa perutukan selain meneruskan kontrak yang dibuat Bera.


"Jadi RM700 juta atau RM300 juta setahun pada saya itu melanggar tatakelola dan keterlaluan


"Oleh itu saya telah mengarahkan perbelanjaan mulai tahun depan, Kementerian Kewangan tidak meluluskan lebih RM100 juta ketimbang jumlah sekitar RM300 juta dibelanjakan terdahulu," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen P Prabakaran (PH-Batu).


Manakala dalam soalan tambahan Batu, bagaimanakah kerajaan akan melakukan penerangan dengan bajet yang dikecilkan pada tahun hadapan, PM menjawab kerajaan akan menggunakan secara optimum jentera penerangan sedia ada.


"Kita gunakan jentera dan program sedia ada untuk terangkan. Menteri dan timbalan perlu turun ke bawah bantu menjelaskan kepada rakyat. Peruntukan yang kecil disediakan itu untuk memanfaatkan beberapa iklan atau penerbitan yang boleh memberikan penjelasan lanjut.


"Saya tidak fikir ini mempunyai maslaah selama kita punya program yang jelas dan turun menyantuni rakyat tetapi untuk berbelanja lebih dari itu saya tidak fikir ia selaras dengan pengurusan cekap dan tatakelola," katanya.


Mengenai soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Rosol Wahid (Pas-Hulu Terengganu) yang mahu PM menjelaskan peruntukan promosi pada 2023 terutama jenama Malaysia Madani, PM menjawab tegas bahawa iklan pada 2023 adalah kontrak era Bera yang disambung.


"Billboard yang ada itu adalah perjanjian promosi dengan Bera waktu 2022. Saya tidak ada perjanjian baru. Perjanjian itu untuk promosi PM, dan program itu untuk perjanjian 2022 kerana 2023 tidak ada peruntukan baharu.


"Billboard itu hanya menggantikan foto Bera dengan foto Tambun, itu sahaja. Tetapi ini bukan peruntukan baru kerana 2023 tidak ada peruntukan baru. Meneruskan apa yang dimeterai Bera tetapi tidak dibelanjakan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page