top of page

Belajar kaedah S'pura selenggara flat hak Melayu terjejas?



Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan semakin hari semakin sukar diterima akal.


Terbaharu beliau mendakwa kononnya Umno yang membela orang Melayu telah tunduk kepada DAP apabila tidak membantah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming memanggil pakar dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura menasihatkan kerajaan mengenai pengurusan perumahan rakyat yang didakwa akan mengancam pemilikan hartanah Bumiputera.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Lee Chean Chung, komen Wan Saiful jelas tersasar jauh daripada pemikiran intelek beliau yang sebelum ini mengendalikan institut pemikiran IDEAS.


Katanya, bagaimanakah seorang intelek tidak mampu berfikir membezakan antara meminta nasihat pakar pengurusan dan hilangnya hak Bumiputera.


"Bagaimanakah membelajari kaedah penyelenggaraan HDB Singapura akan menjejaskan hak Melayu Bumiputra?


"Adalah Wan Saiful Wan Jan sedar majoriti yang menjadi penghuni di PPR/flat dan pangsapuri kos sederhana adalah Melayu Bumiputra atas sebab mereka juga kaum majoriti negara kita?


"Bukankah peningkatan mutu penyelenggaraan akhirnya akan memanfaatkan rakan Melayu Bumiputra termasuk penghuni lain yang menduduki kawasan flat? Mengapa semua perkara Bersatu-PN cuba kaitkan dengan isu perkauman?" tanyanya.


Beliau berharap rakyat faham situasi sebenar keperluan meminta bantuan pakar untuk memperbaiki pengursan aset yang tiada kena mengena dengan hak Bumiputera itu.


Ataupun, Chean Chung sangsi, Wan Saiful tidak pernah menjejakkan kaki ke flat warga marhaen justeru beliau tidak faham keperluan untuk memperbaiki sistem pengurusannya.


"Jika golongan elit seperti beliau tidak pernah menjejaki kawasan flat atau pangsapuri PPR, saya sedia membawa beliau turun padang di Petaling Jaya.


"Saya pasti warga Desa Mentari, Desa Ria, Lembah Subang dan lain-lain akan mengalu-alukan kehadiran meskipun beliau seorang elit dari kayangan," sinis Chean Chung.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page