'Bela rakyat, tolak rasuah perjuangan utama KEADILAN'



Pembelaan terhadap rakyat perlu diterangkan sebagai perjuangan penting KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya lebih banyak pembelaan terhadap orang miskin dan rakyat marhaen pada era pendemik Covid 19 dan malapetaka banjir baru baru ini.


"Saya tidak faham, ramai bercakap dia parti Melayu, Cina, India. Kalau dia tak boleh tekankan dasar yang membantu .... Berapa ramai anak yatim terbiar, berapa banyak orang miskin kekal miskin. Kesenjangan antara miskin dan kaya bertambah.


"Mangsa Covid 19 majoriti orang miskin, mangsa banjir majoriti orang miskin," katanya dalam ucapan pada Majlis Pengumuman Calon KEADILAN Zon Utara, malam tadi.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengingatkan agar isu rasuah yang sistemik dalam pemerintahan diterangkan kepada pengundi agar mereka faham perlunya perubahan kepada kerajaan yang lebih berintegriti.


"Rasuah itu sudah sistemik, seluruh sistem menjalar. Kalau tak ada kekuatan dalaman tak boleh. Kalah.


"Ada yang kata kita orang Islam (kebal rasuah), tak betul. Saya pernah lihat bukan Islam tetapi dengan konsistensi (tolak rasuah). Ada orang yang bersyarah ... Allahuakhbar setiap dua ayat, tetapi melingkup lebih awal daripada orang lain.


"Islam bukan dijubah atau dijanggut. Tidak sama apa yang diungkapkan dengan apa yang diamalkan," katanya.


Mengenai calon KEADILAN, Anwar memuji kerana dengan keahlian 1 juta anggota parti itu mempunyai ramai calon yang layak.


Malah untuk PRN Johor, dari ribuan yang dipilih terdapat 2,000 calon yang layak. Namun KEADILAN memilih calon yang konsisten dan mempunyai tekad perjuangan yang tinggi bagi menggalas cabaran dalam PRN kali ini.


Beliau juga mengingatkan untuk mengambil pengalaman politik tokoh tokoh parti sahabat sebagai pegangan, terutama komitmen supremo DAP Lim Kit Siang yang tidak pernah mendapat jawatan tinggi dalam kerajaan sepanjang penglibatan politik beliau.



"Tengok Lim Kit Siang, paling tinggi kedudukannya Ketua Pembangkang sekejap dan Ahli Parlimen. Tetapi tengok konsistensinya. Dari muda, konsisten dan gagah berjuang. Saya hormat kerana konsistensinya. Jangan kita tengok orang pandai pandai saja. Kalau tak ada dia tak jadi DAP macam ini," katanya lagi.


Pada akhir majlis, Anwar mengumumkan calon calon yang akan menggalas cabaran KEADILAN dalam pilihan raya Mac 2022, iaitu:


Subramaniam Chami (DUN Buloh Kasap)


Yoong Tau (DUN Pemanis)


Na'im Jusri (DUN Gambir)


Md Ysahrudin Kusni (DUN Bukit Naning)


Abdullah Sahid (DUN Sungai Balang)


Mohd Khuzzan Abu Bakar (DUN Semerah)


Azmi Masrani (DUN Sri Medan)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER