top of page

Calon DUN Sg Balang bela nasib nelayan, naiktaraf akses internet



Jeti nelayan yang uzur sejak puluhan tahun dan meningkatkan capaian intenet yang lemah merupakan janji calon KEADILAN DUN Sungai Balang.


Abdullah Sahid atau nama panggilannya Cikgu Lah Muar yang merupakan anak jati kawasan berkenaan, berjanji untuk meningkatkan pelbagai kemudahan awam di DUN berkenaan sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini.


"Sekiranya saya diberi mandat di DUN Sungai Balang, saya akan cuba mengatasai beberapa masalah dengan kerjasama dari beberapa agensi kerajaan dan koporat untuk menaiktaraf internet di kampung yang perlahan begitu juga isu kaum nelayan yang kurang terbela.


"Saya akan membela nasib para nelayan yang berpuluh tahun menjadi nelayan tradisional. Saya cuba atasi masalah, terutama jeti (uzur) dan masalah pukat tunda yang mengganggu seluruh warga nelayan di Sg Balang," katanya.


Selain itu, beliau juga berazam untuk mempertingkatkan ekonomi masyarakat kampung dalam industri desa yang mana kawasan kuar bandar di DUN Sg Balang memiliki banyak potensi untuk dimajukan.


"Saya berazam mempertingkatkan ekonomi masyarakat kampung dalam industri pelancongan, yang kita dapati di sini ada tempat yang cantik. Ada sungai, laut dan ada bukit untuk mereka beriadah," katanya.


Tidak lupa kepada pendidikan penduduk DUN Sg Balang, Cikgu Lah juga mahu merapatkan jurang pendidikan penduduk DUN berkenaan dengan tahap pendidikan kawasan bandar.


"Dari segi pendidikan saya berazam dengan keadaan Covid yang tidak tahu bila berakhir jurang antara kawasan bandar dan kampung yang agak pendalaman, mempunyai beza yang sangat tinggi dari segi talian internet mereka," katanya lagi.


Selain berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun, Abdullah juga aktif dalam NGO.


Salah satu yang disertainya adalah Islah Malaysia yang bangkit dalam Gerak 1998 ketika konspirasi politik ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.


Beliau juga aktif falam NGO Ikram dan beberapa kali mengikuti misi bantuan bencana alam di Acheh dan bantuan banjir di pelbagai negeri di Malaysia

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page