top of page

Bela nasib 400,000 rakyat Malaysia yang menganggur di Singapura - Prabakaran


Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi membela nasib 400,000 rakyat Malaysia yang kehilangan di negara jiran Singapura.


Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata angka yang didedahkan oleh Kementerian Tenaga Manusia Singapura itu cukup membimbangkan kerana terlalu ramai yang kehilangan punca pendapatan dan berdepan kesukaran untuk pulang ke Malaysia.


"Pengangguran rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura adalah 400,000.


"Menteri perlu memberi jawapan lebih spesifik, ambil tindakan dan cari penyelesaian bagi memastikan rakyat tidak dipinggirkan," katanya ketika sesi penggulungan menteri di Dewan Rakyat.


Menteri Sumber Manusia, M Saravanan hanya memberi jaminan bahawa kerajaan membela nasib rakyat di luar negara dan mengalu-alukan mereka untuk pulang ke negara ini bagi memberi peluang pekerjaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page