top of page

Bela Mahiaddin: Pemimpin PN hanya pandai main politik



Penganjuran ceramah politik oleh Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan pengerusinya Mahiaddin yang dikaitkan dengan enam pertuduhan jenayah dikritik oleh pelbagai pihak.


Bagi KEADILAN Cabang Kemaman, ceramah membela Mahiaddin yang diadakan di Pusat Tarbiyah Pas Pusat kelmarin jelas menyerlahkan sikap Ahli Parlimen PN yang hanya mengutamakan permainan politik untuk mendapatkan sokongan.


Sedangkan dakwa mereka, tugasan Ahli Parlimen PN sebagai pembangkang di Dewan Rakyat sebagai agen semak dan imbang bagi kerajaan tidak diutamakan dan sering ponteng.


"Keadilan Kemaman mengecam penganjuran ceramah politik anjuran Perikatan Nasional


"Tindakan ini jelas menyerlahkan bahawa Ahli Parlimen PN hanya mengutamakan permainan politik untuk mendapatkan sokongan tanpa mengutamakan tugas utama mereka di parlimen


"Sebahagian besar Ahli Parlimen mereka tidak hadir semasa sesi pengulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 pada Khamis (kerana bersolidariti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur).


"Di manakah keutamaan Ahli-ahli Parlimen PN?" soal kenyataan itu.


Dalam kenyataan sama, KEADILAN Kemaman juga menggesa agar rakyat menyedari bahawa Ahli Parlimen PN sebenarnya tidak mempunyai kelayakan untuk mentadbir negara ini.


Mereka dakwa kenyataan itu hanya pandai berpolitik mencipta persepsi buruk kepada kerajaan untuk meraih simpati rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page