top of page

Bela kebajikan anggota KEADILAN, janji Khairuddin Othman



Calon Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh berjanji akan lebih memberi perhatian kepada menjaga kebajikan anggota parti sekiranya dipilih mengetuai cabang tersebut.


Menurut Mohd Khairuddin Othman, ahli perlu disantuni dan organisasi KEADILAN di peringkat cabang itu juga perlu diperkemaskan dalam membentuk pasukan yang mantap menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


"Saya berkempen dengan kemampuan yang ada bertemu anggota kita. Terangkan matlamat dan tujuan saya bertanding dalam pemilihan. Saya ingin melihat kembali kebajikan anggota yang telah terabai. Kedua saya mahu organisasi kita diperkemaskan untuk kita jadi parti politik yang mempunyai organisasi kuat.


"Ketiga saya nak lihat hubungan antara orang lama dan orang baru saling lengkap melengkapi. Saya harap boleh mencadang dalam kongres, otai ini dimasukkan dalam organisasi," katanya ketika ditemui dalam majlis jamuan bersama Ysuku riders semalam.


Beliau berharap anggota cabang Sungai Buloh akan memberi peluang kepadanya dan barisan kepimpinan untuk membuat perubahan.


"Kita melihat untuk reform masyarakat dan sistem kita perlu reform anggota di peringkat cabang Sungai Buloh.


"Saya harap anggota beri peluang kepada kami untuk membuat pembaharuan dan membantu anggota yang ada di Sungai Buloh ini," katanya.


Bagaimanapun ADUN Paya Jaras itu berharap Pemilihan KEADILAN 2022 akan berjalan lancar dan para pesaing tidak terlalu agreasif dalam berkempen.


"Pemilihan kali ini saya harap berjalan lancar, jangan tunjuk imej yang agresif sangat sebab ia akan memberi impak kepada parti keseluruhannya. Kita minta bertenang. Kalau ada masalah serahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti, jangan ambil tindakan sendiri," katanya.



Khairuddin bersama pasukannya, Rajan dan Ng dalam pemilihan kali ini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page