Bekas Imam Masjid Negara dilantik Timbalan Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan
- Suara Keadilan

- Aug 1
- 1 min read

Pelantikan Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Muhammad Fikri bin Abdul Aziz (gambar), yang juga bekas Imam Masjid Negara sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan bakal memberi impak lebih baik kepada pembangunan umat Islam di wilayah.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Putrajaya, Mohd Hafiz Osman, pelantikan Muhammad Fikri merupakan satu langkah tepat dalam mengukuhkan kepimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.
"Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau dalam bidang keagamaan, pendidikan dan pembangunan masyarakat, khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan.
"Pengalaman beliau dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat serta rekod perkhidmatan sebagai figura agama dihormati menjadikan beliau calon yang tepat untuk menggalas tanggungjawab ini," kata beliau.
Sebagai Timbalan Pengerusi MPN, Muhammad Fikri dijangka memainkan peranan penting dalam penyelarasan dasar, pemantauan program pembangunan, dan perancangan strategik untuk kesejahteraan komuniti bandar, dengan menekankan pendekatan yang berteraskan prinsip Malaysia MADANI.
"Dengan gabungan latar belakang keagamaan dan penglibatan aktif dalam bidang politik serta kemasyarakatan, pelantikan beliau diyakini mampu memperkukuh usaha MPN dalam memperkasa pembangunan Wilayah Persekutuan secara holistik dan bersepadu," kata Hafiz lagi.









Comments