top of page

Bekas banduan, perasuah: Hj Hadi jangan berpolitik pecah belah, adu domba



Kenyataan hinaan Presiden Pas Hj Hadi Awang bahawa di dalam Kerajaan Perpaduan terdapat bekas banduan, perasuah dan sebagainya amat tidak sesuai dengan politik Islam yang didukung oleh parti Islam itu.


Bagi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, hinaan Hj Hadi itu amat tidak wajar datangnya daripada seorang yang dianggap ulama yang seharusnya berpolitik secara lebih berhemah.


"Kenyataan yang dikeluarkan sewaktu Muktamar Pas ke-69 pada 20 Oktober 2023 itu secara jelas menunjukkan bahawa Presiden Pas selaku seorang agamawan tidak mencerminkan nilai sebenar diterapkan Islam.


"Seharusnya sebagai seorang agamawan, beliau perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan dan kekitaan. Hal ini kerana agama Islam telah tersebar melalui penyatuan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang.


"Lantaran itu, saya berpandangan dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba," katanya dalam kenyataan.


Farhan mengingatkan, pemimpin Pas tidak seharusnya menilai diri mereka lebih suci daripada orang lain kerana mengenakan kopiah, jubah dan berada dalam parti yang tertera jenama Islam.


Oleh itu, beliau mengajak Hj Hadi untuk mengkaji semula pandangan beliau dengan menghayati Firman Allah Swt dalam Surah An-Najm, 53:32,


"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.."


Katanya, manusia tidak dipandang daripada statusnya tetapi keimanan dan ketakwaan.


"Hanya Allah SWT yang layak untuk menilai kesucian seseorang. Sebagai agamawan, beliau sepatutnya memahami lebih mendalam perihal ini.


"Oleh itu, saya berharap hal ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk bersederhana dalam berpolitik dan tidak merendahkan pihak yang berbeza ideologi dengan kita," katanya lagi.


Selamam dlaam sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Hj Hadi membayangkan Kerajaan Perpaduan begitu kotor dan tidak boleh dibersihkan sekali pun Pas menyertainya.


"PAS tidak mampu membersihkan kerajaan yang sudah sedia ‘tercemar’. Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) siapa ada di dalamnya.. jadi hendak cuci macam mana?


"Ada bekas banduan, kluster mahkamah pun ada, macam mana kami (PAS) nak ikut. Kalau nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis.. kita duduk di luar," katanya dalam sidang media tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page