top of page

Bekalan ikan tidak terjejas susulan cuaca panas - LKIM



Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan pendaratan hasil laut negara tidak terjejas meskipun cuaca panas melanda beberapa negeri sejak beberapa bulan lalu.


Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini pendaratan ikan dan hasil laut lain di 48 Kompleks LKIM seluruh negara masih berjalan lancar.


"Pendaratan ikan berjalan seperti biasa dan tidak terjejas kerana di negara ini, sebahagian besar bekalan ikan adalah bergantung kepada bot besar yang berada di laut dalam iaitu Zon B dan C.


"Secara puratanya, kita dapat mendaratkan kira-kira 250,000 metrik tan hasil laut di seluruh negara setiap bulan," katanya dipetik selepas merasmikan Kedai Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di Kompleks LKIM Kuala Kemaman semalam.


Sementara itu tambahnya, LKIM menyasarkan untuk membina enam lagi Kedai Nelayan di seluruh negara dalam usaha membantu golongan berkenaan memasarkan produk dihasilkan nelayan.


"PNK banyak keluarkan produk hiliran seperti keropok dan sebagainya. Tetapi ruang pemasaran sangat terhad, jadi kita ambil inisiatif buka Kedai Nelayan untuk persatuan pasarkan sendiri barangan mereka.


"Kita telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk setiap Kedai Nelayan bagi membantu PNK terlibat menaik taraf premis dan menambah modal pusingan awal," katanya.


Setakat ini jelasnya sebanyak 14 Kedai Nelayan telah dibuka di 10 negeri di seluruh negara sejak tahun lalu.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page