top of page

Bekalan elektrik pulih di 25 kawasan di Negeri Sembilan

Sebanyak 25 kawasan terjejas bekalan elektrik di Negeri Sembilan telah berjaya dipulihkan oleh pihak TNB, setakat jam 9 malam 28 Disember 2021.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hanya dua kawasan belum dipulihkan bagi memastikan keselamatan pengguna iaitu di Telapak Buruk dan Celcom Bukit Tangga.


“Kerajaan Negeri difahamkan bahawa usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.


“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak TNB khususnya pasukan teknikal yang berusaha dari awal lagi bagi memastikan bekalan dapat dipulihkan,” katanya.


Walaupun begitu, beliau mengingatkan kepada para pengguna agar sentiasa berwaspada menggunakan peralatan elektrik terutamanya dalam situasi pasca banjir ini.


“Insya-Allah, semoga bekalan elektrik kepada kawasan terjejas dapat dipulihkan dalam keadaan selamat dan segera,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page