top of page

Bekalan beras dijangka pulih dalam tempoh sebulan - Mohamad Sabu


Oleh: Abdullah Zaid


Bekalan beras putih tempatan (BPT) di seluruh negara dijangka pulih dalam tempoh sebulan berikutan langkah intervensi yang dilaksana kerajaan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (PH - Kota Raja) berkata, setakat ini kerajaan telah mengarahkan syarikat pengeluar beras tempatan untuk meningkatkan 20 peratus kuota pengeluaran makanan ruji rakyat Malaysia itu menerusi sesi libat urus.


"Setakat ini kerajaan meminta konsensus tambahan bagi pengilang untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus pengeluaran beras untuk edaran ke seluruh Semenanjung.


"Oleh itu, kerajaan menjangkakan isu bekalan beras domestik akan diselesaikan dalam tempoh sebulan," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.


Tegasnya, isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran sebelum ini berlaku atas faktor pembelian panik.


Menurutnya, permintaan mendadak oleh pengguna dan peniaga ekoran kenaikan harga beras import sedikit sebanyak mempengaruhi bekalan beras tempatan itu.


"Sebelum ini, beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk peniaga, tetapi apabila harga beras import naik, mereka mencari beras tempatan.


"Jadi beras tempatan menjadi permintaan utama yang menyebabkan berlakunya sedikit kekurangan di pasaran," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga tidak bercadang untuk menggunakan stok bekalan beras negara sebagai keperluan mendesak.


Hal ini katanya, stok bekalan beras sedia ada sebanyak 650,000 tan itu masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.


"Berkenaan kedudukan stok beras negara, sehingga kini stok bekalan beras adalah 900,000 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan. Jumlah ini sudah cukup untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.


"Justeru, kami berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan simpanan stok yang berjumlah 250,000 tan metrik.


"Stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik adalah mencukupi bagi menampung keperluan domestik," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page