top of page

Bekalan air: NRECC sedia jadi pemudah cara antara negeri ke negeri


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Persekutuan bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan sebarang masalah demi memastikan bekalan air di antara negeri-negeri mencukupi.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tanggungjawab untuk memastikan sumber dan bekalan air terus terjamin perlu digalas oleh semua pihak.


"Jadi saya berharap semua Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas sumber air dengan mengambil langkah proaktif dan mengawal guna tanah dan pencemaran serta berjimat cermat menggunakan air," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai status Empangan Air Mengkuang yang berdepan risiko kekurangan bekalan air.


Mengulas lanjut, bagi menyelesaikan masalah bekalan air, kaedah pindahan air (water transfer) dari negeri ke negeri dilihat perlu dilaksanakan ekoran kepadatan penduduk yang semakin tinggi.


"Sekarang kita melihat ada water transfer dari Pahang ke Selangor, begitu juga water transfer dari Johor ke Melaka serta Kedah ke Pulau Pinang.


"Mungkin di masa akan datang lebih banyak lagi perkara ini akan berlaku. Termasuk yang kita kaji tentulah antara Perak dan Pulau Pinang, ada beberapa perkara Kerajaan Negeri perlu mengambil inisiatif dan Persekutuan bersedia untuk menjadi pemudah cara, dan saya mendapat indikator kedua dua belah kerajaan telah memulakan perbincangan dengan baik," katanya.


Manakala bagi menjamin kelestarian bekalan air, NRECC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri (SPAN) kata Nik Nazmi, telah mengambil inisiatif dan pelan tindakan segera bagi memastikan sumber air mencukupi.


"Ia termasuk pemantapan pelan komunikasi antara pihak berkepentingan penyelarasan dengan operator bekalan air bagi tindakan susulan yang perlu diambil SPAN.


"Kedua, penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan seperti bekalan air PBA Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Institut Kebangsaan Air Malaysia (NAHRIM), Map Malaysia; Badan Kawal Selia Air Negeri serta operator empangan berkaitan isu-isu pelepasan dan simpanan air di empangan


"Ketiga pengurusan dan pemantauan simpanan yang sistematik serta penyediaan SOP empangan semasa musim panas atau kemarau termasuk kajian unjuran in floor kapasiti empangan bagi pengurusan sumber air lebih berkesan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page