Tular Mesej Palsu, PH Bagan Datuk Menafikan Ada Rasuah Untuk Pengundi- Shamsul
- Suara Keadilan
- Nov 19, 2022
- 1 min read

Pengundi di parlimen Bagan Datuk diingatkan untuk berhati hati dengan mesej daripada pihak tidak bertanggungjawab kononnya Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang mengundi parti tertentu.
Calon Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya atau PH tidak pernah membuat tawaran kepada sesiapa pun yang keluar mengundi pada hari ini.
"Berkenaan isu ini mesej tular menuduh PH Bagan Datuk membuat tawaran rasuah kepada pengundi, jadi jawapan saya adalah selari dengan kenyataan rasmi PH Bagan Datuk di akaun Twitter saya (pagi tadi)," katanya.
PH Bagan Datuk menafikan parti itu merasuah pengundi sebagaimana mesej yang tersebar sejak awal pagi ini.
"PH Bagan Datuk menafikan sekeras-kerasnya ada rasuah untuk pengundi dan mengutuk perbuatan menyebarkan berita palsu.
"Pengundi hari ini sudah semakin bijak untuk menilai, selamat mengundi," kata pesanan itu
Comments