top of page

Bebas bersuara bukan memfitnah: Usah semai politik kebencian



Parti parti politik diingatkan agar menggunakan kebebasan bersuara di bawah sistem demokrasi Malaysia dengan matang dan tidak menyemai politik kebencian yang boleh menggugat keharmonian berbilang kaum.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Kamil Munim berkata, sejak kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu kenyataan kenyataan politik yang dikeluarkan oleh pemimpin PN terutamanya dilihat amat angkuh dan liar.


Katanya, trend ucapan menghina, memfitnah dan mencerca pihak yang tidak sehaluan sejak sebelum PRU sehingga lantikan Perdana Menteri dibuat, seolah olah cuba untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya masyarakat Melayu terhadap bahaya dari luar dan dalam.


"Terakhir dengan mengaitkan Perdana Menteri yang didakwa mempunyai kaitan dengan ejen Israel, modal lama yang dikitar

semula oleh Pas yang jelas berniat jahat untuk menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu-Islam.


"Sementara kita menjunjung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun

kebebasan itu tidak termasuk untuk menghina dan memfitnah sesuka hati


"Sikap demikian juga tidak sama sekali melambangkan prinsip dan akhlak Islamiyah seperti yang dilaungkan. Bahkan tindakan

tersebut adalah perbuatan yang terkutuk dan hina di sisi agama," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Kamil menggesa penyokong parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam agar membuka minda masing masing di atas kenyataan pemimpin yang secara semberono menuduh saingan politik mereka dengan pelbagai dakwaan tanpa mengemukakan bukti.


Katanya, Islam amat menjaga kehomatan manusia dan setiap tuduhan wajib dikemukakan bukti kukuh atau pun penuduh walau ulama sekali pun berisiko tidak dipercayai kata katanya di kemudian hari.


"Mempertahankan kepimpinan ulama seharusnya membawa maksud memperteguh nilai-nilai kepimpinan Islam yang

menganjurkan perdamaian dan mempamerkan akhlak pimpinan yang baik, bukan mempertahankan sikap pemimpin

yang penuh dengan adu domba dan caci maki yang akhirnya akan meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dan

negara.


"Gejala ini harus dibendung segera bagi memastikan tidak menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman awam.

Pemimpin berkenaan harus segera berhenti menyebar dakyah kebencian yang tidak berasas, sebaliknya menumpukan kepada

usaha membina semula negara dan memperkukuh ekonomi," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page