top of page

Bebas 23 sukarelawan: PM sentiasa perjuangkan keselamatan rakyat M'sia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5
  • 1 min read

ree

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun, Terengganu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan membawa pulang 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa antarabangsa susulan penyertaan mereka dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.


Ketua Penerangan AMK Dungun, Heikarl Edzha (gambar), berkata kejayaan ini mencerminkan keprihatinan dan ketegasan Perdana Menteri dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan, tanpa mengira sempadan.


“Keprihatinan serta ketegasan YAB Perdana Menteri dalam memperjuangkan keselamatan rakyat Malaysia jelas membuktikan bahawa beliau sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira batas dan sempadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Heikarl, pembebasan itu bukan sahaja melegakan keluarga para sukarelawan, tetapi turut menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menyokong perjuangan kemanusiaan di peringkat global.


AMK Dungun, katanya, turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri serta menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu dalam memperkukuh semangat perpaduan dan solidariti kemanusiaan sejagat.


“Kami berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri dan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersatu dalam memperkukuhkan semangat kebersamaan demi negara dan kemanusiaan,” katanya.


Untuk rekod, kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menjadi tahanan tentera Israel selama dua hari telahpun diterbangkan ke Turkiye dan akan berangkat pulang ke tanah air.


Malaysia mencatat rekod berjaya menyelesaikan tahanan dalam tempoh yang amat singkat hasil hubungan baik pemimpin negara dengan kerajaan Turkiye, Amerika Syarikat dan negara Arab yang melakukan rundingan dengan Israel.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page