top of page

Bazaar Deepavali Brickfields: Penyelesaian peniaga - DBKL dicapai



Masalah di antara pengajur Bazaar Deepavali Brickfields, Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya diselesaikan baru baru ini setelah lawatan dan perbicangan dilakukan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin serta pihak pengajur jualan perayaan.


Menurut Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Chen Heng, masalah timbul apabila tapak perniagaan tersebut yang terletak di susur Jalan Chan Ah Tong telah dibangunkan kodominium dan pihak kondo tidak membenarkankan peniaga mendirikan gerai sementara di kawasan seliaan mereka.


Katanya, satu lawatan telah dibuat oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri yang menjaga Wiayah Persekutuan, pegawai DBKL, dan wakil penganjur tapak bazaar.


"Dalam lawatan itu, Datuk Azman telah mencadangkan kebenaran bersyarat kepada para peniaga yang telah lama berniaga setiap tahun menjelang Deepavali di kawasan itu.


"Antaranya kebenaran itu dengan memastikan adanya pasukan keselamatan atau Rela untuk menjaga lalu lintas yang dijangka akan meningkat di hari-hari sebelum Deepavali.


"Pihak DBKL dan penganjur mencapai kata sepakat dengan kebenaran bersyarat itu. Oleh kerana pihak penganjur yang memasang khemah di tempat letak kereta tepi jalan serta mengenakan sewa minimum daripada peniaga-peniaga, maka mereka juga perlu membayar bayaran sewa kepada DBKL," katanya.


Datuk Azman (tiga dari kanan) meneliti pelan sambil diperhatikan Andre Lai (kiri sekali) bersama wakil peniaga

Dalam pertemuan itu, Azman mencadangkan khemah besar yang didirikan di susur keluar Jalan Chan Ah Tong, Brickfields akan menempatkan 21 peniaga kecil di atas 9 tapak parkir DBKL.


Menurut Andre Lai lagi, masalah hanya timbul tahun ini kerana projek kondominum telah siap sepenuhnya dan peniaga terpaksa berniaga di kawasan parkir.


"Tahun ini perniagaan dijalankan di atas tempat letak kenderaan atas jalan raya, dan bukan di siar kaki seperti sebelum ini.


"Sebenarnya, ia tidak lagi di bawah penyeliaan mutlak Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan, sebaliknya kutipan parkir dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kewangan.


"Dengan adanya tanggapan bahawa persediaan adalah seperti tahun-tahun sebelum ini, para penganjur secara automatik menjadi panik apabila adanya pencanggahan dari DBKL," katanya lagi.


Bagaimanapun dengan lawatan dan perbincangan tersebut, kata Andre Lai, telah menyelesaikan masalah peniaga bazaar Deevapali dan semua pihak berasa lega kerana masalah tidak berlanjutan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page