top of page

Bayaran STR fasa dua RM100 hingga RM650 diterima mulai 3 April



Seramai 8.4 juta rakyat akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650 bagi setiap isi rumah bermula 3 April ini, iaitu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata pembayaran fasa kedua subsidi bersasar bagi meringankan beban rakyat itu meningkat 20 peratus iaitu RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.


"Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata memperbetul struktur kewangan negara tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Insya-Allah kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiksal negara termasuk pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan benar-benar memerlukan."


Kata kenyataan itu, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan STR akan menerima pembayaran fasa kedua melalui akaun bank atau disalurkan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori masing-masing.


"Mulai tahun ini, kerajaan mengambil pendekatan baharu membuka pendaftaran STR sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page