top of page

Tawaran Kadar Khas RM50 Bayaran Saman trafik sepanjang Aidilfitri



Kerajaan Perpaduan menawarkan diskaun khas bayaran saman trafik selama sebulan bermula 21 April ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap saman boleh dilunaskan dengan bayaran RM50.


"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM iaitu kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.


"Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas tersebut tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023. Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.


"Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan. Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’," katanya pada sidang media tengah hari tadi.


Bagi tujuan melancarkan lalu lintas pada hari raya pula, Anwar berkata, PDRM akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol tidak mengalami kesesakan lalu lintas.


Berkenaan senggaraan jalan raya, PM mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan menambah peruntukan perbaikan jalan berikutan amat buruknya kualiti jalan raya persekutuan yang terabai sejak bertahun tahun lalu.


Manakala kontrak senggaraan jalan diutamakan kepada kontraktor kecil Bumiputera.


"Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023. Kerajaan Persekutuan amat memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala di Jalan Persekutuan supaya jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat.


"Ini khususnya melibatkan masalah jalan raya berlubang sebagai antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.


"Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.


"Maka, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page