top of page

Bayaran pencen dibayar ikut amaun asal 6 bulan



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan telah membuat keputusan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.


Melalui satu kenyataan beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah pada 27 Jun lalu memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah.


Ia bermakna undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.


"Kerajaan membawa isu ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bagi mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kebajikan pesara terus terbela.


"Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat dan prihatin dengan kebajikan pesara dalam situasi sekarang. Kerajaan juga akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara-pesara perkhidmatan awam," kata Anwar.


Mengulas lanjut beliau turut menjelaskan, bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 dan pegawai awam yang bersara mulai 2013 pula, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.


Manakala perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi memastikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.


"Penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].


"Hasil keputusan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara-pesara perkhidmatan awam dan kerajaan," katanya melalui kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page