top of page

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah bakal diwartakan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 2
  • 1 min read

Proses pelaksanaan bayaran interim berjumlah RM1.5 bilion kepada Sabah akan diteruskan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, mesyuarat tersebut dijadualkan pada 3 Ogos ini sebelum dibentangkan di Parlimen dan kemudian diwartakan.


Jelasnya peningkatan bayaran interim itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan kini memasuki fasa pelaksanaan mengikut proses yang ditetapkan.


"Jadi proses seterusnya ialah kita akan bawa kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan bersidang pada 3 Ogos ini dan kita akan putuskan secara rasmi.


"Selepas itu kita akan bentang di Parlimen, seterusny diwartakan dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, barulah bayaran akan dibuat," katanya dipetik laporan media.


Mustapha berkata begitu ketika ditemui media selepas merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah, di Dewan Masyarakat Manggatal, di Kota Kinabalu pada Sabtu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar sementara itu menjelaskan , proses pewartaan penting bagi memastikan bayaran interim RM1.5 bilion itu mempunyai kedudukan rasmi dan terus dibayar setiap tahun sehingga sebarang semakan atau perubahan dibuat pada masa hadapan.


"Apabila diwartakan, nilai ini akan kekal sehingga di ‘revise’, ada perubahan-perubahan tetapi yang penting pewartaan ini supaya merupakan RM1.5 bilion bayaran interim ini akan dibayar setiap tahun sehingga ada perubahan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page