top of page

Bayaran Insentif Menyelam pasukan PPDA Bomba naik



Bayaran Insentif Menyelam (BIM) kepada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) dinaikkan sebanyak RM200 berkuat kuasa serta merta.


Perkara itu diumumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming ketika Majlis Pelancaran Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) di Pantai Senok di Kelantan semalam.


Mengulas lanjut keputusan itu, beliau menjelaskan insentif itu diberi bagi menghargai dan memperkasa pasukan penyelam yang berperanan penting dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas.


Mengulas lanjut mengenai kemudahan menyelamat di Kelantan, beliau turut memaklumkan JBPM negeri itu menerima peruntukan RM2 juta bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf enam balai.


Enam balai terbabit adalah di Kota Bharu, Machang, Rantau Panjang dan Kuala Krai.


"Peruntukan ini bagi memastikan wira merah sentiasa bersiap siaga melaksanakan aktiviti penyelamatan sama ada di air atau kebakaran.

"Hal ini kerana, bomba juga antara agensi yang mendapat perhatian dalam belanjawan 2023 termasuk 100 unit Set Swift Water Rescue untuk kegunaan latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page