top of page

'Bayar Intern Kita': Pemuda Amanah cadang kerajaan tetapkan elaun




Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong kempen "Bayar Intern Kita" yang digerakkan di seluruh negara bagi menormalisasikan pembayaran elaun kepada semua mahasiswa.


Sehubungan itu Naib Ketua Pemuda Amanah, Ammar Atan mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan menetapkan sejumlah bayaran elaun sebagaimana yang ditimbulkan dalam kempen yang digerakkan berdasarkan protes mahasiswa Rashifa Aljunied kelmarin.


"Pemuda AMANAH mengambil berat kebajikan para majikan, terutamanya pemilik perniagaan mikro dan kecil. Adalah tidak adil untuk memaksa semua majikan yang sedang bergelut dengan kos perniagaan untuk membayar elaun tetap kepada semua pelatih latihan industri.


"Bagaimanapun, di bawah kempen "Bayar Intern Kita", Pemuda AMANAH mencadangkan jalan tengah untuk isu ini. Iaitu semua agensi dan GLC Kerajaan Persekutuan dan negeri, termasuk di bawah pembangkang, diwajibkan melaksanakan elaun minima RM900 - RM1000 sebulan bagi setiap pelatih latihan industri. Ini juga terpakai kepada syarikat-syarikat swasta besar di Malaysia.


"Bagi perniagaan mikro dan kecil pula, semua majikan harus diwajibkan membayar elaun makanan dan elaun pengangkutan mengikut hari bekerja.


"Pemuda AMANAH mencadangkan agar kerajaan mengkaji kesan langkah ini ke atas keuntungan majikan dan jika perlu, kerajaan boleh mempertimbangkan insentif cukai khas atas pembayaran elaun tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ammar juga meminta Kementerian Pengajian Tinggi untuk menilai semula keberkesanan Program Latihan Industri.


Katanya, negara-negara maju seperti United Kingdom dan beberapa negara Eropah lain tidak lagi melaksanakan latihan industri secara wajib, dan ada yang telah mansuhkan program latihan industri untuk digantikan dengan inisiatif yang lebih efisien dalam mengenalpasti bakat dan peluang pekerjaan buat mahasiswa di sana.


Bagi elaun intern, kata beliau, industri perlu memadankan produktiviti yang dibawa oleh intern tersebut untuk memadankan elaun buat mereka.


"(Dalam hal elaun) tidak ada gunanya kita bercakap soal mencapai status negara maju jika anak muda berpelajaran tidak dibayar setimpal dengan usaha mereka.


"Produktiviti pelatih latihan industri seharusnya dipadankan dengan elaun yang sesuai dan jika tidak, para majikan tidak boleh mengharapkan kualiti kerja yang tinggi.


"Pihak syarikat bukan sahaja berperanan meningkatkan pulangan untuk pelabur, tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial yang meliputi kebajikan di tempat kerja," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page