top of page

'Bayangkan jika penyokong PH tidak mengundi Muda pilihanraya lalu'



Penarikan sokongan parti Muda daripada Kerajaan Perpaduan biar pun sepatutnya dilakukan lebih awal namun tindakan tersebut adalah lebih baik daripada berterusan menjadi 'api dalam sekam'.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, alasan Muda meninggalkan Kerajaan Perpaduan kononnya telah berlaku pelanggaran “garis merah” prinsip perjuangan mereka dalam beberapa hal terkait urusan kerajaan tidak dapat diterima oleh para penyokong Pakatan Harapan (PH).


Muda, kata Abshar, sepatutnya bersama-sama membantu Kerajaan dalam menyumbang idea-idea, polisi dan dasar bernas membela nasib golongan rentan, belia dan anak muda, bukannya hanya berperanan sebagai parti pengkritik atau pemimpin yang mencari kesalahan kerajaan dan memberi keuntungan kepada lawan.


Oleh itu beliau mengingatkan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, jika benar Muda amat mengutamakan prinsip, maka lebih baik para wakil rakyatnya mengosongkan kerusi kerana mereka dahulunya menang di atas sokongan PH.


"Ingin saya tegaskan di sini bahawa jika benar beliau membuat keputusan ini atas dasar prinsip, maka beliau juga wajib menzahirkan prinsip beliau yang sebenar.


"Mengimbas kembali senario Pilihan Raya Umum DUN Johor pada tahun 2022, atas sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi dari penyokong dan jentera PH, Amira Aisya memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa dan Syed Saddiq memenangi kerusi parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15


"Atas semangat itu, hari ini parti Muda mempunyai 2 orang wakil rakyat. Bayangkan jika penyokong PH tidak menyokong mereka, tentunya mereka bakal kehilangan deposit.


"Atas nama prinsip ini juga saya gesa semua wakil rakyat dari parti Muda agar meletak jawatan dan kembalikan sokongan kepada rakyat. Ini barulah dikatakan berprinsip dan ikhlas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, kata Abshar, Syed Saddiq yang berkeras mengenai prinsip harus membuktikan kata katanya, juga idealisme politik baharu yang beliau bawa tidak 'membawa lari' kerusi Muar yang diperolehi dengan keringat penyokong PH.


Tegas Abshar, Muda jangan jadi ibarat “Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di muka tidak sedar”.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page