top of page

Bawa mesej kasih sayang, keamaman sempena hari Wesak



Keamanan dan kasih sayang sesama anggota masyarakat penting bagi negara Malaysia yang dihuni pelbagai budaya dan menyambut pelbagai perayaan.


Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim berkata demikian dalam perutusan sempena hari Wesak yang jatuh pada hari ini.


Katanya, penganut Buddha percaya bahawa untuk mencapai kebahagiaan tingkat tinggi atau Nirvana adalah dengan melawan dan membenam sikap keserakahan, kebencian dan kejahatan.


Hal itu merupakan falsafah yang universal yang boleh diteladani dengan cermat oleh semua kaum.


"Sengaja saya singkap falsafah Hari Wesak sebagai usaha dan upaya memupuk kasih sayang, kemuliaan insan, prinsip hidup berdamping (coexistence), hormat menghormati dan hidup dalam keadaan aman serta rukun.


"Malaysia dikurniakan dengan pelbagai perayaan dan budaya, dan ia sepatutnya memberi keinsafan kepada diri kita untuk terus membawa mesej kasih sayang serta keamanan bersama persefahaman yang utuh sebagai jalan menghindari kebinasaan dan kepunahan tata hidup masyarakat majmuk di negara ini.


"Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia," kata PM dalam perutusannya.


Hari Wesak merupakan hari besar dalam kalangan penganut Buddha yang mana mereka memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).


Perayaan Wesak bertujuan memperingati lahirnya pendiri ajaran Buddha, Siddharta Gautama dan setelah itu mencapai Penerangan Agung pada umur 35 tahun, kemudian matinya Gautama pada umur 80 tahun.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page