top of page

Bawa masuk 200 ribu pekerja Bangladesh bukan kenyataan rasmi

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Fahmi Fadzil ketika sesi soal jawab sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya
DS Fahmi Fadzil ketika sesi soal jawab sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya

Rancangan yang didakwa melibatkan pengambilan kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh oleh Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang bukanlah kenyataan rasmi kerajaan republik berkenaan.


Demikian jelas Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika sesi soal jawab sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Katanya, beliau ada berhubung dengan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri R Ramanan mengenai perkara berkenaan.


"Beliau (Ramanan) memaklumkan bahawa itu bukan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Bangladesh.


"Saya difahamkan ia (kenyataan itu) telah dikeluarkan oleh seorang 'junior minister'. Ia tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan Bangladesh.


"Itulah yang dimaklumkan kepada saya oleh Menteri KESUMA (Ramanan)," kata Fahmi.


Terdahulu, dilaporkan kira-kira 200,000 pekerja dari Bangladesh dijangka akan diambil oleh Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan pelbagai sektor dan agensi.


Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam berkata, pengambilan secara berperingkat itu akan bermula hujung bulan ini.


"Terdapat kira-kira 800,000 pekerja Bangladesh berdaftar di Malaysia. Ada yang tidak berdaftar.


"Menteri kami telah meminta pihak berkuasa Malaysia mendaftarkan mereka," katanya memetik laporan The Daily Star.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page