top of page

Bawa kepimpinan kuat, stabil di Ampang - Daing Reduan



Cabang KEADILAN Ampang tergugat sebaik sahaja ketua cabangnya Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti.


Bagi menguatkan kembali parti, Daing Reduan menawarkan diri bersaing sebagai ketua cabang Ampang pada Pemilihan KEADILAN 2022.


Beliau yang bermula sebagai aktivis KEADILAN Ampang pada tahun 1999 dan bergiat sepenuh masa dalam parti pada 2007 berazam akan membawa suara akar umbi sekiranya terpilih memimpin cabang Ampang.


"Sebagai aktivis parti yang bermula dari akar umbi, saya sangat memahami denyut nadi dan perih jerih perjuangan mengangkat darjat KEADILAN.


"Sebagai pejuang KEADILAN, saya sama seperti anda merasai jatuh bangunnya parti keramat ini.


"Kita pejuang KEADILAN yang membina kekuatan KEADILAN dalam berorganisasi dan menyuburkan demokrasi di Ampang," katanya.


Justeru beliau menawarkan anggota cabang Ampang untuk memilih pemimpin yang dilihat terbaik, berkaliber dan mendukung parti menghadapi pilihan raya seterusnya.


"Menyedari perlunya kepimpinan yang kuat dan stabil untuk membawa KEADILAN Ampang menghadapi cabaran mendatang, saya dengan penuh rasa insaf dan tawaduk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Cabang KEADILAN Ampang pada pemilihan parti 2022," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentit


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page